HARTA PUSAKA KECIL

HARTA PUSAKA KECIL

APA ITU HARTA PUSAKA KECIL?

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri - ciri berikut :-



Seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat. 

Ringkasnya, pusaka kecil adalah:


1.     Simati tidak meninggalkan wasiat

2.     Harta si mati terdiri daripada :

a.     Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau 

b.     Harta Tak Alih (Tanah/Rumah )  bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya

3.     Jumlah  nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta pada tarikh permohonan dibuat


BAGAIMANA CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL?

1.     Permohonan pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dengan memfailkan petisyen melalui borang A di Unit Pembahagian Pusaka Kecil di daerah di mana harta tidak alih si mati terletak. 

2.     Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-

a.     Bukti Kematian – sijil mati/permit menguburkan/surat akuan sumpah saksi yang melihat jenazah dikebumikan/ perintah anggapan kematian;

b.     Bukti waris – kad pengenalan/sijil lahir;

c.     Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada); dan

d.     Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.


SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON



Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-



1.     Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;

2.     Pemiutang dan pengkaveat;

3.     Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;

4.     Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;

5.     Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;


6.     Amanah Raya Berhad

Mempunyai masalah untuk menguruskan pentadbiran Harta Pusaka Kecil?

Anda boleh mendapatkan khidmat rundingan dari Konsultan Harta Pusaka Kecil mengikut lokasi seperti berikut:



USTAZ MOHD ASWADI BIN ABDULLAH

Kawasan Perkhidmatan: KELANTAN


ENCIK MOHD PIDAUS MUSTAFA
Kawasan Perkhidmatan: TERENGGANU, PAHANG


PUAN NORHANISAH JOHAR
Kawasan Perkhidmatan: JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN




PUAN IRDA RINA KAMARULBAHRAIN
Kawasan Perkhidmatan: PERAK, SELANGOR & KUALA LUMPUR

Ulasan